Program Kesedaran Akta Wang Tak Dituntut yang diadakan pada 14 Mac 2022 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Ali Bin Abi Talib (Secara Atas Talian) telah dianjurkan oleh Unit Wang Tak Dituntut, JANM Kedah. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Redzuan Bin Daut, Penolong Akauntan Unit WTD, JANM Negeri Kedah Penglibatan bagi Program ini disertai seramai 54 peserta yang melibatkan 40 firma/ Syarikat. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai peruntukan serta kewajipan syarikat/ Firma dalam mematuhi Akta WTD 1965.