Sesi Pertemuan dan Perbincangan Mengenai Laporan Pemutihan Data Akta Wang Tak Dituntut (AWTD) Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang diadakan pada 26 Januari 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Abu Bakar As Siddiq oleh Unit Wang Tak Dituntut (WTD) JANM Negeri Kedah. Sesi pertemuan ini melibatkan Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Unit WTD serta pegawai WTD, JANM Negeri Kedah bersama Setiausaha dan tujuh (7) orang pegawai dari MBAS dalam perbincangan mengenai Serahan WTD.