Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Aktiviti Aktiviti Pejabat Perakaunan 2021 - SESI BACAAN IKRAR DAN TANDATANGAN AKU JANJI

Sesi pembacaan Ikrar dan Tandatangan Aku Janji telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Encik Arshad bin Abdul Rahman. Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seramai 30% warga JAMN yang hadir semasa sesi ini dijalankan.

Sesi ini adalah untuk mengingatkan tanggungjawab warga JAMN Kedah untuk menyimpan maklumat rahsia dan sulit terutama rahsia besar kerajaan agar tidak dibocorkan, disiarkan, atau disampaikan, sama ada secara lisan atau dengan bertulis, kepada sesiapa jua dalam apa-apa bentuk, terutamanya kebocoran maklumat melalui media sosial.

Sehubungan itu, Jabatan telah meminta supaya sesi pembaharuan ikrar Aku Janji untuk diadakan setiap tahun bagi mengingatkan tanggungjawab kita sebagai penjawat awam.

Tarikh : 7 Mac 2021
Tempat : Bilik Mahsuri


Aku Janji 1

Aku Janji 2

Aku Janji 3

Aku Janji 4