Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 TEMPLATE PENGEMASKINIAN STATUS NO. AKAUN POS MALAYSIA BERHAD YANG DI BAYAR DI BAWAH KERAJAAN PERSEKUTUAN

Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2024 (134)

Tarikh :  8 April 2024

 Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

 TEMPLATE PENGEMASKINIAN STATUS NO. AKAUN POS MALAYSIA BERHAD YANG DI BAYAR DI BAWAH KERAJAAN PERSEKUTUAN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut seperti di atas adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan permohonan daripada Pos Malaysia Berhad (POS) untuk menggunakan Kemudahan Bayaran Pukal telah diluluskan oleh Akauntan Negara Malaysia pada 12 Januari 2024 dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah dipersetujui. Merujuk kepada Minit Mesyuarat Kick-Off dan Teknikal Kemudahan Pembayaran Pukal Bahagian Khidmat Perunding (BKP) bersama Pos Malaysia Berhad (POS), tindakan yang perlu dilaksanakan oleh semua PTJ adalah untuk membuat pengesahan No. Akaun POS bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ) bawah seliaan PTJ masing-masing sebelum diwujudkan di bawah Akaun Pukal.
 
3.    Sehubungan itu mohon kerjasama semua PTJ untuk   melengkapkan template input tersebut melalui pautan berikut selewat-lewatnya pada atau sebelum 8 Mei 2024 (Rabu)Terdapat dua (2) fail format (2 tab) yang perlu diisi: 
     

      a. Pengesahan Data Akaun POS Malaysia - sila tandakan (/) bagi PTJ Kerajaan Persekutuan bersama kod PTJ terlibat  [Column O dan P]


      b. Data Tambahan No. Akaun Pos Malaysia - Mohon PTJ untuk melengkapkan maklumat No. Akaun Pos yang dibayar sekiranya No. Akaun tiada pada fail Pengesahan Pemurnian Data Akaun POS Malaysia tersebut

      Pautan: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1uL7STL1EgeneTba8flJrB9jsiSUfYdoY/edit#gid=1038640899

4.    Kerjasama semua PTJ untuk melengkapkan pengesahan dengan SEGERA amatlah dihargai.

Terima Kasih

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM KEDAH