Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 Arkib Pengumuman 2024 PENAMBAHBAIKAN PROSES KELULUSAN BAGI PERMOHONAN PEMBAYARAN MELALUI INDEN KERJA SECARA MANUAL DAN TANGGUNGAN PESANAN KERAJAAN/KONTRAK

PENAMBAHBAIKAN PROSES KELULUSAN BAGI PERMOHONAN PEMBAYARAN MELALUI INDEN KERJA SECARA MANUAL DAN TANGGUNGAN PESANAN KERAJAAN/KONTRAK

Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2024 (18)

Tarikh : 16 Januari 2024

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,

 YBhg. Datin/Tuan/Puan,

 PENAMBAHBAIKAN PROSES KELULUSAN BAGI PERMOHONAN PEMBAYARAN MELALUI INDEN KERJA SECARA MANUAL DAN TANGGUNGAN PESANAN KERAJAAN/KONTRAK

 Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada  Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) no.rujukan; MOF.BPK(S)600-14/11/11 Jld.6(42) bertarikh 3 Januari 2024 adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan seperti ketetapan MOF melalui surat rujukan MOF.BPK(S) 600-14/28/2(6) bertarikh 25 November 2022 telah memberi penurunan kuasa kepada Pegawai Pengawal untuk meluluskan pembayaran melalui invois tanpa Pesanan Kerajaan sehingga nilai kumulatif sebanyak RM1 juta bagi setiap perolehan. Terkini, MOF memutuskan penurunan kuasa tersebut dipanjangkan kepada perolehan kerja Kerajaan dengan ketetapan seperti berikut:

           a.    Pegawai Pengawal diberi penurunan kuasa untuk meluluskan pembayaran melalui inden kerja manual sehingga nilai kumulatif mencapai RM1 Juta bagi setiap projek;

             b.     Kelulusan pembayaran adalah bagi tahun semasa dan setahun sebelum sahaja; dan

             c.     Permohonan yang tidak memenuhi syarat di perenggan a) dan b) hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara untuk pertimbangan dan kelulusan.

3. Selaras dengan Perenggan 3 surat berkenaan, Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kelulusan yang diberi dan pemantauan berkala hendaklah dilaksanakan bagi memastikan Kementerian/Agensi di bawahnya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sepenuhnya. 

4. Jabatan ini juga ingin mengingatkan semua PTJ berkaitan peraturan semasa yang menetapkan Pesanan Kerajaan/Tanggungan Kontrak hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu SEBELUM bekalan/perkhidmatan/kerja diperoleh daripada pembekal, atau selewat-lewatnya pada hari pertama bulan berkenaan. Sebarang kelewatan tanggungan perlu mendapatkan kelulusan eGPA. Bersama-sama ini disertakan surat MOF tersebut untuk tindakan dan rujukan PTJ jua. 

Sekian, harap maklum.

Surat Penambahbaikan Invois Tanpa PK - MOF.BPK(S) 600-14282(6) bertarikh 25 November 2022

PROSES KELULUSAN BAGI PERMOHONAN PEMBAYARAN MELALUI INDEN KERJA SECARA MANUAL - MOF.BPK(S)600-141111 Jld.6(42) bertarikh 3 Januari 2024 (1)