Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2024 5. PENUTUPAN AKAUN BULAN JANUARI 2024

PENUTUPAN AKAUN BULAN JANUARI 2024

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.

BAYARAN

PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 12.00 tengah hari pada 31 Januari 2024 (Rabu). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 1 Februari 2024 (Khamis).

TERIMAAN

i.  Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan pada 31 Januari 2024 sahaja (hari terakhir bekerja setiap bulan).  

ii. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019. 

iii. PTJ yang telah memohon penggunaan Akaun Terimaan Utama JANM bagi kutipan secara EFT hendaklah SEGERA menyediakan Penyata Pemungut apabila diarahkan oleh JANM Kedah.

 

Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan Januari 2024. Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. 

Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM KEDAH