Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PERINGATAN MENYELESAIKAN PELUPUSAN KHAS / PELUPUSAN MIGRASI MELIBATKAN PELUPUSAN ASET BUKAN KEWANGAN TAHUN KEWANGAN BERLAINAN (8 NOVEMBER 2023)
PERINGATAN MENYELESAIKAN PELUPUSAN KHAS / PELUPUSAN MIGRASI MELIBATKAN PELUPUSAN ASET BUKAN KEWANGAN TAHUN KEWANGAN BERLAINAN (8 NOVEMBER 2023)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara tersebut di atas.
 
2.     Rentetan dari emel peringatan dari Ibu Pejabat JANM berkaitan penggunaan kod RE, bagi mengelakkan PTJ tercicir tindakan pelupusan yang patut diselesaikan pada tahun ini, tindakan pelupusan khas dan pelupusan migrasi oleh PTJ hendaklah diselesaikan sehingga status 80 selewat-lewatnya 8 November 2023
 
3.    Sekiranya Tuan/Puan mempunyai senarai aset yang perlu dibuat pelupusan khas/migrasi yang masih tertunggak, sila pastikan permohonan pelupusan telah diberi kelulusan oleh pihak berkenaan dan seterusnya dibuat tindakan di iGFMAS, iaitu:
               (i) Pelupusan Khas - Kelulusan Ketua Akauntan Kementerian PTJ Dipertanggung
               (ii)Pelupusan Migrasi - Ibu Pejabat JANM - Pasukan Perlaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
 
4.    Mohon kerjasama tuan/puan untuk kemukakan dokumen berikut di pautan di bawah bagi tindakan susulan JANM Kedah:
        (i) Pelupusan Khas - Lampiran 3 yang telah ditandatangan oleh Ketua Akauntan & Laporan Pelupusan Terperinci (PDF dan EXCEL)
        (ii)Pelupusan Migrasi - Lampiran A - ditandatangan oleh Pasukan Perlaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) Laporan Pelupusan Terperinci (PDF dan EXCEL)
 
Nota: Sila create folder dan rename mengikut Kod PTJ dan Nama PTJ masing-masing. 
 
unnamed 1

5.  Tindakan ini hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya 8 November 2023 (Rabu). Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
 
UNIT PENGURUSAN ASET
25 OKTOBER 2023