Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 MAKLUMBALAS KUIRI PEJABAT PERAKAUNAN : PENYELARASAN ISU TANGGUNGAN KONTRAK DAN LAIN-LAIN SENARIO

Dengan segala hormatnya surat Kementerian Kewangan (MOF.BPK (S) 600-14/28/2 (6)) bertarikh 25 November 2022 adalah dirujuk.

2. Seperti Y. Bhg. Datuk / Dato’/ Tuan / Puan sedia maklum, peraturan semasa menetapkan Pesanan Kerajaan hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum bekalan/perkhidmatan/kerja diperoleh daripada pembekal. Kementerian Kewangan (MOF) melalui surat  ”Penambahbaikan Proses Kelulusan Bagi Permohonan Pembayaran Melalui  Invois Tanpa Pesanan Kerajaan (Invois Tanpa PK) Dalam Perolehan Kerajaan” bertarikh 25 November 2022 telah menjelaskan situasi yang kerap berlaku dan penurunan kuasa melulus kepada Pegawai Pengawal tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di para 4 surat tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ diminta untuk mematuhi ketetapan dalam surat MOF dan merujuk kepada Bahagian Akaun/ Bahagian Kewangan Kementerian masing-masing untuk memastikan pembayaran adalah teratur dan lancar serta mengelakkan sebarang kelewatan pembayaran kepada pembekal. Contoh senario yang kerap kali berlaku dan maklumbalas MOF berkaitan adalah seperti di Lampiran 1.

4. Perhatian dan kerjasama semua Y. Bhg. Datuk / Dato’/ Tuan / Puan di PTJ berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

Surat MOF_Surat Penambahbaikan Invois Tanpa PK

2023 - Maklumbalas Isu Tanggungan Lewat

2023 - Lampiran 1_Maklumbalas Isu Tanggungan Lewat