Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENEMUAN AUDIT BERULANG : KESILAPAN KUNCI MASUK MAKLUMAT ARAHAN PEMBAYARAN AP58(a) DI SISTEM iGFMAS OLEH PTJ

TAJUK 

SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 5 TAHUN 2022

PENEMUAN AUDIT BERULANG :  KESILAPAN KUNCI MASUK MAKLUMAT ARAHAN PEMBAYARAN AP58(a) DI SISTEM iGFMAS OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)

RUJUKAN DOKUMEN

Surat Jabatan Audit Negara rujukan AUDIT/SAK:KEM.1/10/16/1/2022 (41) bertarikh 12 Jun 2023

TARIKH KUATKUASA 

Tidak berkaitan

 

 Tuan/ Puan,

 

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.  Berdasarkan kepada pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP) Tahun 2022 bagi bayaran di bawah Arahan Perbendaharaan (AP58a), penemuan berulang yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara adalah seperti berikut :

 

MAKLUMBALAS PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (PKKP) TAHUN 2022 – BAYARAN ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP58(a))

 

Penemuan Audit

Maklumbalas Penemuan Audit

Perenggan 2 – Penyelenggaraan Rekod

Bagi tujuan pengauditan pembayaran di bawah Arahan Pembayaran 58(a), pihak audit telah memperoleh data ZAPT008 dan ZAPT009 untuk dianalisis. Hasil analisis yang dijalankan mendapati sebanyak 26 arahan bayaran berjumlah RM592,936.03 mengandungi maklumat tahun  tahun perkhidmatan/ bekalan yang tidak tepat pada ruangan “Tahun Perkhidmatan”. Perincian lanjut adalah seperti di Lampiran B.

Berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) melalui Pejabat Perakaunan, kesilapan kunci masuk tahun semasa penyediaan Arahan Pembayaran telah diambil perhatian dan PTJ memberikan komitmen agar kesilapan ini tidak berulang. Berlaku pengurangan kepada penemuan ini berbanding tahun lalu.

 

3. Sehubungan dengan itu,  PTJ adalah diingatkan agar mengunci masuk maklumat tahun dan perihal dengan tepat agar kesilapan seperti di Lampiran 1 tidak berulang pada masa akan datang.Kerjasama Pejabat Perakaunan juga dalam memastikan semakan yang teliti oleh pegawai yang menyemak Arahan Pembayaran di Pejabat Perakaunan amatlah dihargai.

unnamed

4. Bersama-sama ini dilampirkan semula Surat Edaran BPOPP Bilangan 5 Tahun 2022 yang telah dimuatnaik di portal iReference Accounting Office (iRAO) Kerjasama Pejabat Perakaunan dan PTJ selanjutnya berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

BPOPP, JANM

SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 5 TAHUN 2022 BAYARAN AP58a