Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD AKAUN (CARTA AKAUN AKRUAN - CAA), PERIHAL DAN MODUL BAYARAN

SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 6 TAHUN 2023

_______________________________________________________________________________________________________________________

                                                      PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD AKAUN (CARTA AKAUN AKRUAN - CAA), PERIHAL DAN MODUL BAYARAN

 _______________________________________________________________________________________________________________________

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, penggunaan kod akaun (CAA), perihal dan modul bayaran yang kerap digunakan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah diseragamkan melalui platform MyCODE yang telah dibangunkan oleh JANM Selangor  bersama semua Pejabat Perakaunan. Ini bertujuan bagi memastikan proses semakan AO yang standard oleh semua Pejabat Perakaunan dan mengelakkan aduan ketidakseragaman di antara Pejabat Perakaunan.

 3. Sehubungan dengan itu, Pejabat Perakaunan dan PTJ boleh merujuk kepada MyCODE sebagai panduan dan rujukan bagi tujuan penyediaan/ semakan Pesanan Kerajaan/ Arahan Pembayaran dan transaksi-transaksi lain yang berkaitan. MyCODE ini boleh diakses melalui pautan berikut :   https://shorturl.at/jqTW5

Pejabat Perakaunan dan PTJ perlu merujuk bersama pekeliling/ surat pekeliling Carta Akaun Akruan yang berkuat kuasa bagi penjelasan lanjut/ kod akaun yang tidak disenaraikan di dalam MyCODE.

 4. MyCODE ini telah mengambil kira perihal bayaran seperti yang dinyatakan di dalam surat edaran yang terdahulu rujukan ANM(OC) 07/7 Jld.6 (24) bertarikh 10 Julai 2007 di mana maklumat perihal Pesanan Kerajaan/ Arahan Pembayaran hendaklah tepat sepertimana maklumat yang diperlukan tertera di Penyata Bank penerima bayaran. Maklumat perihal bayaran hendaklah menyatakan nombor invois dan tujuan bayaran/ keterangan yang bersesuaian mengikut jenis bayaran. Selaras dengan kemudahan di sistem bank, hanya 20 aksara pertama sahaja yang tertera di Penyata Bank penerima bayaran seperti di Lampiran 1

 5. Justeru, Pejabat Perakaunan akan melaksanakan proses semak AO berdasarkan panduan perihal bayaran yang dinyatakan di dalam Lampiran 1 dan pautan MyCODE yang diberikan.

 6. Surat edaran ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023 dan surat Bahagian Pengurusan Operasi Cawangan (BPOC) rujukan ANM(OC) 07/7 Jld.6 (24) bertarikh 10 Julai 2007 adalah terbatal. Bersama-sama ini dilampirkan surat edaran untuk rujukan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

 

Surat Edaran BPOPP Bil 6 Tahun 2023 Penyeragaman Kod Akaun CAA Perihal dan Modul Bayaran

Perihal Baucar Bayaran