Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENGGUNAAN SATU AKAUN BANK BAGI PENJAWAT AWAM MELALUI MODUL HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) DAN MODUL ACCOUNT PAYABLE (AP)

Tuan/Puan,

 

PENGGUNAAN  SATU AKAUN BANK BAGI PENJAWAT AWAM MELALUI MODUL HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) DAN MODUL ACCOUNT PAYABLE (AP) 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada surat edaran dari Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) no.rujukan JANM.BPOPP.600-15/4/13(28) bertarikh 29 Mac 2023 adalah berkaitan.  

2.      Taklimat dari BPOPP pada 25 Mei 2023 melalui medium online telah memaklumkan bahawa semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu memastikan nombor akaun bank di dalam Modul Data Induk->Maklumat Pembekal hanya menggunakan satu  nombor akaun daripada sumber Data Human Capital Management (HCM).

3.       Sehubungan itu, mohon untuk PTJ menyemak Modul Data Induk Pegawai dan mengemaskini menggunakan Templat Mass Upload serta memastikan data dan maklumat yang tepat di dalam Templat Mass Upload adalah menjadi tanggungjawab PTJ.

4.       Sekiranya terdapat keperluan bagi penggunaan nombor akaun selain daripada sumber data di HCM, pegawai di PTJ hendaklah mengemukakan surat serta justifikasi bagi mendapat pengecualian daripada Pejabat Perakaunan.

5.       Bersama-sama ini, dilampirkan dokumen berikut;

                               i.            Format Mass Upload - Kemaskini v2.0

                               ii.            Format Mass Upload - Batal v2.0

                              iii.            TATACARA PENGISIAN MASS UPLOAD

                              iv.            SURAT EDARAN

                              v.             Format Mass Upload - Wujud v2.0

 

 

6.       Sila kembalikan lampiran i atau ii ke alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan diserahkan sebelum atau pada 19 Jun 2023 (Isnin). 

 

Sekian, terima kasih.