Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PEMURNIAN DATA AKAUN PUKAL DI iGFMAS DAN SISTEM AGENSI PUKAL OLEH PTJ (FASA 2)

PEMURNIAN DATA AKAUN PUKAL DI iGFMAS DAN SISTEM AGENSI PUKAL OLEH PTJ (FASA 2)

Rujukan : Surat Edaran BPOPP (JANM.BPOPP.600-15/4/13 (30)) bertarikh 14 April 2023

Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2.     Berdasarkan kepada isu lebihan bayaran pukal yang berlaku di Pusat Tanggungjawab (PTJ), antara punca puncanya adalah seperti berikut :


       2.1     PTJ telah berpindah / tutup iaitu tidak lagi menduduki premis berkenaan, namun PTJ tidak membuat pembatalan akaun pukal yang didaftarkan untuk premis berkenaan menyebabkan pembayaran akaun pukal tersebut masih diteruskan

      2.2   PTJ tidak membuat semakan ke atas bil dan laporan pukal selaras Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 7 Tahun 2018 – Tatacara Pengurusan Bayaran.

3.     Seperti yang tuan/puan sedia maklum, task force Fasa 1 telah dilaksanakan melalui Surat Edaran BPOPP Bilangan 8 Tahun 2022 melibatkan agensi TNB, Telekom Malaysia, IWK, SADA, PBAPP dan Syarikat Air PerlisBagi PTJ yang masih belum mengemaskini maklumat pemurnian (Fasa 1) boleh berbuat demikian di link >  https://tinyurl.com/PukalFASA1

4.    Sehubungan itu, surat edaran ini merupakan tindakan pemurnian data bagi Fasa 2 untuk memastikan semua akaun pukal di PTJ yang aktif adalah sah untuk dibayar. Berikut adalah tindakan PTJ :

            4.1 PTJ perlu membuat semakan ke atas akaun pukal bagi empat (4) agensi bagi Fasa 2 iaitu Petron Fuel International Sdn Bhd, Pusat Smartpay Petronas, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Universal Trustee (M) Berhad (Touch n Go)  yang telah diekstrak oleh BPOPP. Pengesahan terperinci dari PTJ diperlukan seperti di dalam link berikut >   https://tinyurl.com/PukalFASA2

            4.2 PTJ sahkan dan lengkapkan pemurnian data ini selewat-lewatnya pada 30 Julai 2023 (Ahad)

5. Adalah diharapkan pengharmonian ini dilaksanakan secara berterusan oleh PTJ. Kerjasama tuan/ puan berhubung dengan perkara di atas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Dana

JANM Kedah