Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN ONE TIME VENDOR (OTV) DI iGFMAS

YBhg. Dato'/Datin/ Tuan/ Puan,

Ruj Kami : JANM.BPOPP.600-15/4/13( 27 )
Tarikh  :     29 Mac 2023

 SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 2 TAHUN 2023

HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN ONE TIME VENDOR (OTV) DI iGFMAS

 

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.   Selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 14 Mac 2023, kekerapan penggunaan One Time Vendor (OTV) di bawah kod vendor 10001 dan 10009 di sistem iGFMAS dihadkan sebanyak tiga (3) kali untuk setiap ID penerima bayaran bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh setahun. Ini bagi memastikan penggunaan OTV adalah terkawal penggunaannya kepada keperluan operasi tertentu sahaja.

 

3.   Pelaksanaan ini berkuatkuasa pada 1 Mei 2023 dan sekiranya penggunaan OTV telah mencapai tiga (3) kali bagi tahun ini untuk ID penerima berkenaan, Pusat Tanggungjawab hendaklah mewujudkan kod vendor yang bersesuaian untuk meneruskan bayaran. 

 

4.   Sehubungan dengan itu, PTJ hendaklah mematuhi perkara berikut :

i.      PTJ hendaklah memastikan bahawa semua Arahan Pembayaran oleh PTJ menggunakan maklumat Data Induk Pembekal iGFMAS seperti yang ditetapkan seperti di Lampiran 1.

ii.    Kaedah penyelesaian bagi pembayaran yang menggunakan OTV adalah seperti di Lampiran 2.

 

5.       Bersama-sama ini dilampirkan SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 2 TAHUN 2023 - HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN ONE TIME VENDOR (OTV) DI iGFMAS untuk rujukan PTJ selanjutnya.

Surat Edaran BPOPP Bil. 2 Tahun 2023_Had Kekerapan OTV di iGFMAS

Lampiran 2_Surat Edaran BPOPP Bil 2 Tahun 2023_Had Kekerapan OTV

 

Sekian, terima kasih.