Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PENUTUPAN AKAUN BULAN DISEMBER DAN AKHIR TAHUN 2022

PENUTUPAN AKAUN BULAN DISEMBER DAN AKHIR TAHUN 2022

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan dan tahunan.

BAYARAN

a.      Tarikh akhir pemprosesan dokumen kewangan tahun 2022 bagi Vot Amanah/Kumpulan Wang COVID-19/ PFI/Deposit adalah pada 29 Disember 2022.

b.      PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 11.00 pagi pada 29 Disember 2022 (Khamis). Proses Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa mulai 1 Januari 2023 (Ahad).

TERIMAAN

a.      Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut selewat-lewatnya pada jam 3 petang, 29 Disember 2022 (Khamis). Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan pada 30 dan 31 Disember 2022 sahaja.

b.      Penyata Pemungut di Peraku II dan dihantar ke bank selewat-lewatnya pada jam 3 petang, 29 Disember 2022 (Khamis). Sekiranya terdapat keperluan, PTJ boleh membawa pungutan ke bank pada 30 Disember 2022 (Jumaat) kerana bank beroperasi pada hari tersebut.

c.       Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah:  

                                i.            Menghubungi Acquiring Bank masing-masing bagi mendapatkan ID Korporat pindahan wang. (Tindakan PTJ yang masih tidak mempunyai Portal Bank)

                               ii.            Memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut ke Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019.

                             iii.            Baki wang dalam ATKP bagi terimaan pada 30 dan 31 Disember 2022 dipindahkan selewat-lewatnya pada 03 Januari 2023.

d.      PTJ yang telah memohon penggunaan Akaun Terimaan JANM bagi kutipan secara EFT hendaklah SEGERA menyediakan Penyata Pemungut apabila diarahkan oleh JANM Kedah.

Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM KEDAH