Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PENUTUPAN AKAUN BULAN SEPTEMBER 2022

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.

BAYARAN
PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 11.00 tengah hari pada 29 September 2022 (Khamis). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 1 Oktober 2022 (Sabtu).

TERIMAAN
i.  Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan pada 29 September 2022 sahaja (hari terakhir bekerja setiap bulan).  

ii. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019. Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan September 2022. 

 

Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian,terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM KEDAH