Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 SURAT EDARAN JANM KEDAH BIL.5 TAHUN 2022

PEMURNIAN DATA PENJAWAT AWAM DALAM PELAKSANAAN SEMAKAN TAMBAHAN (SECOND VALIDATION) - AFFIN BANK & HONG LEONG BANK; DAN

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BANK KEY (SWIFT CODE) BAGI ISLAMIK AKAUN DI SISTEM iGFMAS HCM.

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam usaha mengukuhkan integriti proses pembayaran Kerajaan melalui Pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation). Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2022 telah dikeluarkan bagi memberi penjelasan kepada Kementerian/Jabatan, Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pejabat Perakaunan (AO), Bank, Penerima Bayaran, dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Semakan Tambahan bagi pembayaran Kerajaan.

3. Oleh kerana maklumat Data tersebut adalah sulit, PIC (Unit Gaji JANM Kedah) akan membuat edaran kepada PTJ yang terlibat sahaja melalui emel / whatsapp sahaja. Bagi melancarkan proses pemurnian data ini, semua PTJ adalah diminta untuk merujuk Surat Edaran dan lampiran dibawah untuk tindakan selanjutnya.

4. Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah dihargai.

CONTOH BORANG PENDAFTARAN PENAMATAN PEMBEKAL e-VENDOR

JADUAL 1

SURAT EDARAN JANM KEDAH BIL 5 tahun 2022