Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 SURAT EDARAN JANM KEDAH BIL.4 TAHUN 2022 : ​PEMURNIAN DATA PENJAWAT AWAM DALAM PELAKSANAAN SEMAKAN TAMBAHAN (SECOND VALIDATION)​

SURAT EDARAN JANM KEDAH BIL.4 TAHUN 2022

PEMURNIAN DATA PENJAWAT AWAM DALAM PELAKSANAAN SEMAKAN TAMBAHAN (SECOND VALIDATION)

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab 

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam usaha mengukuhkan integriti proses pembayaran Kerajaan melalui Pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation). Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2022 telah dikeluarkan bagi memberi penjelasan kepada Kementerian/Jabatan, Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pejabat Perakaunan (AO), Bank, Penerima Bayaran, dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Semakan Tambahan bagi pembayaran Kerajaan.

3.  Fasa pertama Pelaksanaan Semakan Tambahan melibatkan pemurnian data yang telah bermula dengan data penjawat awam yang menggunakan akaun CIMB Bank Berhad (perubahan 14 digit kepada 10 digit). Sehubungan dengan itu, bagi melancarkan proses pemurnian data ini, semua PTJ adalah diminta untuk merujuk Surat Edaran, GPANM dan lampiran dibawah untuk tindakan selanjutnya.

4. Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah dihargai.

✅ Sila sertai telegram rasmi dibawah Seksyen Operasi JANM Kedah seperti berikut untuk makluman terkini dari semasa ke semasa

 Unit Akaun: https://t.me/+P9bYIoqK5mpkOTI1

Unit Pengurusan Dana:  https://t.me/+KtrH8GBGhrViYjM1 

Unit Gaji: https://t.me/+eqXh-J3aaZA2MWVl

 

FINAL GPANM BIL2 TAHUN 2022 PELAKSANAAN SEMAKAN TAMBAHAN

Surat Pemurnian Data Gaji

Contoh Borang Pendaftaran Penamatan Pembekal eVendor

Surat Edaran JANM Kedah Bil.4 Tahun 2022 - 2nd validation