Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PEMAKLUMAN PENUTUPAN AKAUN BULAN FEBRUARI 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ dibawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.

BAYARAN

PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS 12.00 tengah hari pada 28 Februari 2022 (Isnin). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 1 Mac 2022 (Selasa).

TERIMAAN

Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan pada 28 Februari 2022 sahaja (hari terakhir bekerja setiap bulan)

Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan Februari 2022. Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. 

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM KEDAH