Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PENYELARASAN KOD VENDOR AKAUN TERIMAAN PEJABAT PERAKAUNAN

Tuan / Puan

 Selaras dengan strategi pelaksanaan semakan tambahan (second validation) bagi pembayaran Kerajaan pada masa hadapan, terdapat keperluan untuk penyelarasan penggunaan kod vendor gunasama bagi Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan. Ini melibatkan senario bagi pembayaran oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) kepada PTJ yang lain melalui Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan. Penggunaan dan pengwujudan selain dari kod vendor bagi setiap Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan ini dan One Time Vendor (OTV) adalah TIDAK DIBENARKAN.

 Sehubungan itu, dikemukakan maklumat kod vendor setiap Akaun Terimaan Pejabat Perakaunan nombor rujukan JANM.BPOPP.600-12/2/28 Jld.2 (23) bertarikh 29 Oktober 2021 seperti di lampiran untuk rujukan dan tindakan Tuan/ Puan.

 Sekian, terima kasih.

SURAT EDARAN PENYELARASAN KOD VENDOR