Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 GARIS PANDUAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BIL. 3 TAHUN 2021 - PELAKSANAAN SEMAKAN TAMBAHAN (SECOND VALIDATION) BAGI PEMBAYARAN KERAJAAN MELALUI PINDAHAN DANA ELEKTRONIK (ELECTRONIC FUNDS TRANSFER)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia Bil. 3 Tahun 2021 - Pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation) Bagi Pembayaran Kerajaan Melalui Pindahan Dana Elektronik (Electronic Funds Transfer)  

2. Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada Kementerian/Jabatan, Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pejabat Perakaunan (AO), Bank, Penerima Bayaran, dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Semakan Tambahan bagi pembayaran Kerajaan melalui Pindahan Dana Elektronik (Electronic Funds Transfer - EFT). Semakan Tambahan ini merupakan kaedah pengesahan tambahan yang berlaku di sistem bank penerima berdasarkan nombor pendaftaran entiti yang terdapat dalam sistem pembayaran Kerajaan dan sistem bank. 

3. Tempoh pemurnian data (Fasa 1) adalah sehingga Mei 2022, tertakluk kepada ketetapan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia dari semasa ke semasa.

4. Dikemukakan bersama ini GPANM Bil. 3 Tahun 2021 untuk makluman dan tindakan YBhg. Datuk/tuan/puan selanjutnya. 

Terima kasih

Muat Turun Dokumen