Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 MENGAKAUNKAN/MEMBANKKAN TERIMAAN SELARAS PERATURAN DI BAWAH AP78(b)(c) & SPANM BIL3/2019 BAGI TEMPOH SEHINGGA 31 OKTOBER 2021

Tindakan PTJ

▶️Memastikan semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan segera, ini kerana  bagi mengelakkan CIH(wang tunai belum dibankkan) diperingkat AO Kedah tertunggak dan tidak berbaki sifar.

▶️ Kecuali Terimaan pada hari terakhir bekerja setiap bulan.

▶️Sekiranya terdapat Resit yang perlu dibatalkan, pembatalan resit hendaklah dibuat dengan segera.

 

Tindakan AO Kedah

▶️Memastikan Baki Kod Acc A0122101 berbaki sifar pada setiap hujung bulan kecuali terimaan pada hari terakhir bekerja setiap bulan.

▶️Membuat peringatan kepada PTJ setiap bulan bagi Resit belum disempurnakan Penyata Pemungut.

 

✅Makluman ini dimuat naik ke portal JANM Kedah di pautan  https://kedah.anm.gov.my. Sila layari portal JANM Kedah untuk mendapatkan makluman dari semasa ke semasa.

 

Nota:

1. AP78(b) Semua terimaan yg belum lagi dimasukkan ke dalam Akaun Bank Kerajaan hendaklah dimasukkan pada hari kerja yang akhir dalam tempoh akaun bulanan atau dalam apa² tempoh akaun yang lebih singkat sebagaimana yang ditetapkan oleh Akauntan Negara/Akauntan Negeri/Bendahari Negeri.

 

2. SPANM BIL3/2019 Lampiran B : Garis Panduan Pengurusan Terimaan Di Kaunter Terimaan Agensi Kerajaan : para 4.2.8 Proses Memasukkan Kutipan Ke Bank.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Dana( Terimaan)

JANM Negeri Kedah