Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PENGESAHAN BAKI DAN VERIFIKASI ASET BUKAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2021

1.         Untuk makluman tuan/puan, pelaporan kedudukan aset perlu dipastikan betul bagi memastikan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan memberi gambaran benar dan saksama. Tanggungjawab dan akauntabiliti bagi memastikan kedudukan aset hendaklah dilaksanakan di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) Dipertanggung sebagai pemilik aset berkenaan.

2.          Sehubungan itu, bagi memastikan aset di PTJ adalah tepat dan wujud secara fizikal,  setiap PTJ perlu membuat tindakan pengesahan baki dan verifikasi aset bukan kewangan bagi tahun kewangan 2021. Sebagai rujukan, sila klik pada pautan di bawah untuk akses kepada Surat Makluman serta dokumen berkaitan untuk panduan dan tindakan tuan/puan selanjutnya:

             https://drive.google.com/drive/folders/1APodyrMELOkp9PCYGlnGrYjduVy-VY0k?usp=sharing

3.         Pengesahan ini hendaklah disediakan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan dikemukakan kepada Unit Pengurusan Aset, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Kedah selewat-lewatnya pada 12 November 2021 (Jumaat).

4.          Perhatian/kerjasama tuan/puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai dalam memastikan Kertas Kerja Sokongan bagi Penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2021 adalah lengkap dan teratur.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Aset

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah