Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PEMBERIAN MORATORIUM PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT DAN PEMULIHAN EKONOMI ( PEMULIH )

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

PEMBERIAN MORATORIUM PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT DAN PEMULIHAN EKONOMI ( PEMULIH )

Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 28 Jun 2021, pemberian moratorium akan disediakan selama 6 bulan.

Kepada pegawai yang ingin mendapatkan moratorium, tuan/puan hendaklah berhubung dengan bank masing- masing selepas 07 Julai 2021 bagi tujuan permohonan moratorium. Kelulusan secara automatik akan diberikan oleh pihak bank yang berkaitan.

Tuan/puan tidak perlu berbuat demikian sekiranya tuan/puan tidak berhasrat untuk mendapatkan moratorium tersebut.

Sila panjangkan makluman ini kepada pay centre di bawah tanggungjawab tuan/puan.

Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut berkenaan moratorium ini, tuan/puan hendaklah berhubung terus dengan pihak bank tuan/puan.

Harap maklum.

UNIT GAJI
JANM KEDAH
30 Jun 2021