Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 GARIS PANDUAN PENGURANGAN IMBUHAN TETAP KERAIAN (ITK) / IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (ITKA) PENJAWAT AWAM BAGI BULAN JULAI HINGGA SEPTEMBER 2021 UNTUK SUMBANGAN KEPADA AKAUN AMANAH BENCANA BERKAITAN COVID-1

Berdasarkan Surat Edaran JPA rujukan JPA(S) 63/168/1 Jld. 3(4) bertarikh 01 Jun 2021, Soalan Lazim Pelaksanaan Sumbangan Melalui Pengurangan Elaun Dalam Mendepani Pandemik Covid-19 dan Garis Panduan Pengurangan Imbuhan Tetap Keraian (Itk) / Imbuhan Tetap Khidmat Awam (Itka) Penjawat Awam Bagi Bulan Julai Hingga September 2021 Untuk Sumbangan Kepada Akaun Amanah Bencana Berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh JANM Kedah, pihak tuan/puan adalah dimohon untuk;

1. Menyemak dan mengisi ruangan Amaun Potongan Sumbangan ke Akaun Amanah Bencana ( DENGAN TIDAK MENGGUNAKAN FORMAT FORMULA PADA EXCEL ), emel semula Lampiran A dan B dalam format excell yang lengkap; dan

2. Hantar satu (1) salinan lampiran yang telah lengkap dan disahkan oleh Ketua Jabatan ke jabatan ini ( scan dokumen dan emel ) selewat-lewatnya 14 Jun 2021.

Sila emelkan maklumbalas yang lengkap ke alamat emel PIC masing-masing yang tertera di akhir ruangan Lampiran A dan Lampiran B.

PTJ/PC adalah diingatkan untuk menyimpan sesalinan Lampiran yang disahkan untuk tujuan pengauditan dan naziran. PTJ/PC juga adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap data atau maklumat yang diberi.

Jika terdapat kesilapan atau keciciran data dan permohonan sumbangan sukarela, mohon pihak tuan/puan untuk mengisi maklumat di Lampiran C.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai bagi melancarkan proses pengurangan ITK/ITKA untuk sumbangan ke Akaun Amanah Bencana.

Muat turun: Garis Panduan Pengurangan ITK DISINI