Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PENGOPERASIAN JANM KEDAH MELALUI KERJA DI RUMAH (BDR) SELARAS PELAKSANAAN PKPD DAERAH KOTA SETAR

Tuan/Puan,

Merujuk kepada perkara diatas adalah dimaklumkan Seksyen Operasi JANM Kedah melibatkan Unit Dana, Unit Akaun, Unit Gaji dan Unit Teknikal telah diarahkan untuk bertugas di rumah(BDR) mulai 19hb Mei 2021 sehingga 1 Jun 2021 selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Daerah Kota Setar. Walaubagaimanapun operasi yang memerlukan kelulusan AO dan juga yang berkaitan dengan sistem iGFMAS tidak terjejas dan masih boleh diakses oleh pegawai-pegawai JANM Kedah.

Oleh yang demikian itu dipohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghebahkan kepada pegawai-pegawai yang berurusan secara langsung dengan Seksyen Operasi JANM Kedah untuk berkomunikasi melalui email unit seperti berikut:

Unit Akaun : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Unit Dana : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Unit Gaji : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Unit Teknikal : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Selain itu, tuan/puan juga perlu melayari laman sesawang JANM Kedah untuk mendapatkan hebahan atau makluman terkini dari pautan berikut:

Portal JANM Kedah : http://www.anm.gov.my/index.php/arkib-kedah/pengumuman/2021

Kerjasama daripada tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan.

Seksyen Operasi
JANM Kedah.