Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULAN MAC 2021

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ dibawah seliaan JANM Kedah perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.

Sehubungan itu, pihak PTJ tidak dibenarkan membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS 1.00 petang pada 31 Mac 2021 (Rabu). Proses Perakuan 2 boleh dibuat semula seperti biasa pada 1 April 2021 (Khamis). PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 103(a).

Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan Mac 2021. Mana-mana PTJ yang gagal mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Kedah. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.