Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2019 Arkib Pengumuman 2019 BAYARAN BKK TAHUN 2019 MELALUI BAUCAR BERASINGAN.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem iGFMAS telah membenarkan pembayaran overbudget OS17000 bagi Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2019 melalui Baucar Berasingan (K2) selaras dengan surat Kementerian Kewangan ruj:MOF.NBO(S)600-9/1/187 JLD3 (20) bertarikh 13 Nov 2019. 

 

Pihak Ibu Pejabat JANM telah membuka sekatan overbudget OS17000 mulai pada 7 Disember sehingga 18 Disember 2019 iaitu sehingga pada tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 yang ditetapkan di dalam SPANM Bilangan 6 Tahun 2019.  Sehubungan dengan itu, PTJ perlu mewujudkan Waran Peruntukan Kosong (F0) terlebih dahulu bagi membenarkan pembayaran overbudget bagi OS17000.

 

Permohonan kelulusan bayaran BKK Tahun 2019 melalui baucar berasingan perlu dikemukakan ke Jabatan ini selewatnya pada 16 Disember 2019 (Isnin).  Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.