Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2019 Arkib Pengumuman 2019 URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU AKAUNTAN GRED W26 KE W28 DAN JUGA IKLAN URUSAN PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN KUMPULAN PELAKSANA PERKHIDMATAN PERAKAUNAN DI BAWAH JANM

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan Pemangkuan Jawatan Pembantu Akauntan Gred W26 ke W28 serta  urusan Pertimbangan Kenaikan Pangkat  Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan  Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Perakaunan di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.   

 

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang dicetak hanya melalui ePerkhidmatan (rujuk Portal JANM). 

 

Adalah dimohon kerjasama YBhg.Dato'/Tuan/Puan untuk memanjangkan dan membuat hebahan kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan YBhg.Dato'/Tuan/Puan dan permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan, JANM  sebelum atau pada 28 NOVEMBER 2019. 

 

Perhatian dan kerjasama YBhg.Dato'/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

URUSAN_PEMANGKUAN_W26_KE_W28

 

URUSAN_PERTIMBANGAN_KENAIKAN_PANGKAT_PELAKSANA

 

URUSAN_PERTIMBANGAN_KENAIKAN_PANGKAT_PP