Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2019 Arkib Pengumuman 2019 BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2019

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 

 

2.    Merujuk kepada Para 10 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2019, Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2019 sebanyak RM450.00 dipanjangkan kepada PSH yang masih berkhidmat pada 24 Mei 2019 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2019 hingga 24 Mei 2019.

 

3.    Sehubungan itu, tuan/puan boleh menyediakan Arahan Pembayaran BKK Tahun 2019 bagi PSH mulai 26 Mei 2019 (Ahad).  Kelulusan bayaran melalui baucar berasingan tidak perlu dipohon bagi BKK kepada PSH.  Kod Akaun yang perlu diguna pakai adalah B0229306.  

 

4.    Bagi pegawai yang dikeluarkan dari 'payroll', Arahan Pembayaran BKK Tahun 2019 juga boleh disediakan mulai 26 Mei 2019 (Ahad).  Kelulusan bayaran tidak perlu dipohon sekiranya kelulusan bayaran emolumen melalui baucar berasingan telah dipohon sebelum ini.  Mohon catatkan nombor kelulusan tersebut pada perihal Arahan Pembayaran. Kod Akaun yang perlu diguna pakai adalah seperti berikut : 

 

               Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan         B0117102 

               Pegawai Pasukan Keselamatan                                 B0117202 

               Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan 

               yang tidak Menyandang Jawatan Tetap                 B0229306    

 

5.    Kelulusan bayaran BKK Tahun 2019 hendaklah dipohon terlebih dahulu sekiranya pegawai tidak mempunyai nombor kelulusan pembayaran emolumen melalui baucar berasingan (contoh : pegawai bercuti bergaji penuh/separuh gaji/bercuti tanpa gaji atau baharu bertukar masuk ke Negeri Kedah pada bulan Mei 2019).

 

6.    Sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2019 berhubung Peraturan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019.  Mohon hubungi pegawai di Unit Gaji JANM sekiranya tuan/puan mempunyai pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut.  Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.