Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami   aduan    peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2019 Arkib Pengumuman 2019 KUNCI MASUK MAKLUMAT PERUBAHAN GAJI BULAN JUN 2019.

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini telah berjaya melakukan proses simulasi AO lebih awal bagi bayaran gaji bulan Mei 2019.  Sehubungan itu, tuan/puan boleh mengunci masuk maklumat perubahan gaji bagi bulan Jun 2019 mulai hari ini.   

 

3.     Sila ambil maklum bahawa makluman berhubung tarikh kunci masuk maklumat perubahan gaji hanya akan diemel / dimaklumkan sekiranya pihak AO selesai melakukan proses simulasi lebih awal.  Sekiranya tiada emel atau makluman yang diterima, tuan/puan perlu merujuk kepada Jadual Pemprosesan Gaji Bulanan Tahun 2019 yang telah diedarkan pada awal tahun.  Sila hubungi pegawai di Unit Gaji JANM untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut.  Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.